Kari Ayam dan Daging Adabi

Bahan Ramuan

  • 1 paket Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi
  • ¾ cawan Santan Pekat
  • 11 biji Bawang Merah 
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 600g Daging (dihiris)
  • 1 inci Halia
  • ½ inci Kayu Manis
  • 5 kuntum Bunga Lawang
  • 2 kuntum Bunga Cengkih
  • Minyak Masak
  • Asam Jawa Xtra Adabi
  • Garam Adabi

Cara Memasak

  • Sediakan Sebatian 1: Tumbuk 6 biji bawang merah, halia dan bawang putih sehingga sebati.
  • Sediakan Sebatian 2: Gaulkan Asam Jawa Xtra Adabi dan Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi.
  • Peramkan daging dengan Sebatian 2.
  • Hiriskan 5 biji bawang merah sehingga nipis.
  • Panaskan kuali dengan minyak masak. Tumiskan bawang merah yang dihiris dan Sebatian 1. Kemudian, masukkan daging yang diperam.
  • Tuangkan 3 cawan air dan gaul sehingga rata. Biarkan masak untuk 30 minit.
  • Masukkan santan pekat, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Biarkan selama 5 minit.
  • Tambahkan Garam Adabi secukupnya dan sedia dihidang.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Serbuk Kari Ayam dan Daging

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara