Sejak awal lagi, Adabi amat menitik beratkan inovasi produk yang dapat memudahkan para pengguna. Oleh itu Adabi memperkenalkan makanan di dalam tin yang mudah disediakan. Malah ada beberapa daripadanya boleh terus dimakan begitu sahaja sesuai bagi pengguna yang mementingkan masa atau menjalani kehidupan yang sibuk. Anda juga boleh memanfaatkan produk ini ketika mengembara. Antaranya ialah produk makanan di dalam tin seperti sardin, sambal, sup, kurma, kuah kacang mahupun kari. Antara yang memikat selera pengguna kami adalah Kari Kambing Adabi yang sedia dimakan pada bila-bila masa sahaja.