Serbuk Perasa Adabi

Antara kepakaran Adabi ialah membuat proses pengisaran rempah. Dengan teknologi terkini, Adabi berjaya membuat pelbagai jenis perasa menggunakan rempah terpilih untuk pasaran yang meluas. Oleh itu, kami fokus dalam kaedah mensterilkan rempah dan herba kami mengikut piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Eropah dan Amerika Syarikat, agar memastikan produk yang dihasilkan adalah sihat dan selamat buat pengguna Adabi.