Kari Adabi

Produk Kari Adabi dihasilkan daripada gabungan pelbagai rempah berkualiti premium dengan ramuan terpilih dan merupakan produk pertama ciptaan Adabi. Terdapat pelbagai pilihan serbuk kari sesuai untuk masakan kari ikan, ayam ataupun daging. Bagaikan Sajian Istana di Zaman Silam, produk Serbuk Kari Adabi dikenali dan dianggap sebagai salah satu kari terbaik dunia kerana aroma dan rasanya yang tersendiri tanpa campuran serbuk cili. Selain itu, Adabi juga menyediakan serbuk rempah rendang istimewa kepada para penggemarnya.