Tepung Adabi

Produk Tepung Adabi antara pilihan terkenal di pasaran Malaysia dengan kepelbagaian produknya yang membantu dalam menyediakan pelbagai jenis juadah dengan mengambil masa yang lebih singkat. Antaranya ialah variasi Tepung Cucur Adabi yang merupakan sajian petang yang menjadi kegemaran pengguna. Tidak terhad kepada tepung cucur, Adabi juga menghasilkan tepung pisang goreng dan tepung ayam goreng yang memastikan salutan makanan lebih enak dan rangup.