Facebook
Twitter
WhatsApp

Bahan Ramuan

AYAM MASAK KICAP
  • Ayam
  • Bawang Merah (dicincang)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang Holland (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Serai (2 Batang)
  • Sup Tulang Adabi, Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi dan Cili Kering
  • Cili Padi
  • Cili Merah (dipotong)
  • Daun Bawang
  • Kicap Lemak Masin Adabi, Kicap Lemak Manis Adabi dan Sos Tiram Adabi
  • Serbuk Kunyit Adabi
  • Gula
  • Garam
  • Air
  • Minyak Masak

SAMBAL CILI KICAP
  • Kicap Masin Adabi dan Kicap Manis Adabi
  • Tomato, Limau, Sebiji Bawang Besar, 5 Ulas Bawang Putih, dan 10 Biji Cili Padi
  • Gula
  • Minyak Masak

Ayam Masak Kicap & Sambal Cili Kicap

Cara Memasak

AYAM MASAK KICAP
  1. Perapkan ayam dengan SERBUK KUNYIT ADABI dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga separuh masak. Letak ke tepi.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, halia dan bawang putih bersama serai. Tumiskan sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Selepas itu, masukkan air, SOS TIRAM ADABI, KICAP LEMAK MANIS ADABI, KICAP LEMAK MASIN ADABI dan SUP TULANG ADABI. Kacau sehingga sebati dan mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan balik ayam goreng bersama bawang holland, cili padi, dan cili merah. Kacau sehingga rata.
  6. Akhirnya, masukkan SERBUK NASI GORENG AYAM ADABI secukupnya bersama daun bawang. Kacau sehingga sebati.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL CILI KICAP
  1. Panaskan minyak masak secukupnya, masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan tomato. Tumiskan sehingga naik bau.
  2. Alihkan semua bahan ke dalam lesung kayu dan tumbuk sehingga lumat.
  3. Tuangkan sambal ke dalam mangkuk dan masukkan KICAP MANIS ADABI dan KICAP MASIN ADABI.
  4. Perahkan limau dan tambah gula secukup rasa. Kacau sehingga rata. Sekiranya pekat boleh juga diletakkan air mengikut kepekatan dan kecairan kesukaan anda.
  5. Sedia utk dihidangkan bersama Ayam Masak Kicap.

Produk yang Digunakan: