Facebook
Twitter
WhatsApp

Bahan Ramuan

  • 800g Isi Ayam
  • 2 biji Telur Segar
  • 180g Tepung Goreng Serbaguna Adabi
  • Sos Korea Adabi
  • Bijan Putih (untuk hiasan)
  • Minyak Masak

Ayam Goreng Pedas Sos Korea

Cara Memasak

  • Bersihkan isi ayam dan hiris tebal 
  • Cucuk hirisan ayam dengan garpu supaya boleh dimasak dengan rata.
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul.
  • Salutkan satu lapisan telur yang nipis pada hirisan ayam.
  • Seterusnya, salutkan dengan Tepung Goreng Serbaguna Adabi sebagai lapisan kedua.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak masak. Kekalkan api sederhana semasa menggoreng.
  • Masukkan ayam yang disalut tepung ke dalam kuali dan goreng dalam 10 - 15 minit atau sehingga masak.
  • Selepas masak, gaul sebati dengan Sos Korea Adabi dan bubuh bijan putih sebelum dihidang.

Produk yang Digunakan:

Tepung Goreng Serbaguna