Facebook
Twitter
WhatsApp

Bahan Ramuan

  • Sebatian Tepung Jagung (1 sudu besar Tepung Jagung digaul dengan 3 sudu besar Air)
  • Sayur Kailan
  • Cendawan
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 sudu besar Sos Seafood Adabi
  • 1 cawan Air
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • Garam Adabi
  • Serbuk Lada HItam
     

Kailan & Cendawan dengan Sos Seafood Adabi

Cara Memasak

  • Panaskan air di dalam periuk besar dan titiskan sedikit minyak masak ke dalam air.
  • Selepas mendidih, masukkan sayur kailan dan cendawan.
  • Selepas beberapa minit, angkat dan hidangkan atas pinggan.
  • Panaskan kuali dengan minyak masak. Kemudian, tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  • Campurkan Sos Makanan Laut Adabi, Garam Adabi secukupnya rasa dan serbuk lada hitam.
  • Masukkan sebatian tepung jagung dan gaul sehingga sos menjadi pekat.
  • Taburkan sos ke atas sayur kailan dan cendawan yang terhidang tadi.
  • Taburkan dengan bawang goreng dan sedia untuk dihidang.
     

Produk yang Digunakan:

Sos Seafood