Sotong Goreng Tom Yam Kung Adabi

Bahan Ramuan

  • 3 ekor Sotong Besar (digoreng dengan tepung)
  • 1 paket Perencah Tom Yam Seafood Adabi
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit Adabi
  • 1 sudu kecil Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi
  • 2 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 3 biji Bawang Merah (dihiris)
  • 2 tangkai Serai (diketuk)
  • 2cm Halia (dihiris)
  • 6 biji Cili Padi (dihiris nipis)
  • 5 helai Daun Limau Purut (dihiris)
  • 2 tangkai Saderi (dihiris)
  • 6 Sudu Besar Minyak Masak
  • Garam Adabi
  • Gula
  • Air

Cara Memasak

  • Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili padi dan kacau sehingga beraroma.
  • Kemudian, campurkan Perencah Tom Yam Seafood Adabi, Serbuk Kunyit Adabi dan air secukupnya.
  • Masukkan Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi. Sambung kacau sehingga mendidih.
  • Bubuhkan Garam Adabi, gula dan masak sehingga menjadi kuah.
  • Masukkan sotong yang telah digoreng, saderi dan daun limau purut.
  • Gaul sebati dan sedia untuk dihidang.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara