Campurkan 24gm Serbuk Gulai Daging & 1 biji bawang besar (dikisar) dengan sedikit air dahulu baru dimasukkan ke dalam kuali & masak sehingga 3 - 4 minit dengan api yang sederhana.
Selepas masukkan air, daging, kentang & air rebusan daging beserta separuh santan dahulu, biarkan sehingga kentang empuk.
Setelah itu, masukkan 1/8 sudu kecil Asam Jawa Xtra Adabi, 1 sudu besar kerisik, 1/2 sudu besar gula perang, 1/2 sudu besar Garam Halus Adabi & 1/2 santan lagi ke dalam kuali, masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.