Dalca Sayuran Adabi

Bahan Ramuan

  • 1 paket Sup Ikan Adabi
  • 4 Sudu Besar Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi
  • 2 cawan Kacang Dal
  • 3 ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 6 biji Bawang Merah (dikisar)
  • 2cm Halia (dikisar)
  • 2 tangkai Serai (diketuk)
  • 2 biji Ubi Kentang (dibelah 4)
  • I batang Lobak Merah (dipotong 1cm)
  • 2 batang Terung Panjang (dipotong 1 Cm)
  • 250ml Santan
  • 2 biji Tomato (dibelah 4)
  • 3 helai Daun Pandan (disimpul)
  • 2 batang Daun Ketumbar (dihiris kasar)
  • 4 sudu besar Minyak Masak
  • 3 sudu besar Minyak Sayuran
  • 3 sudu besar Minyak Sapi
  • Serbuk Kunyit Adabi
  • Garam Adabi
  • Gula
  • Air

Cara Memasak

Bahan Tumis
  • 3 biji Bawang Merah (dihiris)
  • 2 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 2cm Halia (dihiris halus)
  • 3 tangkai Daun Kari
  • Halba Campuran
Cara Masakan Kuah Dal
  • Rebus kacang dal bersama Serbuk Kunyit Adabi, Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi, daun pandan dan bahan kisaran. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga kacang dal empuk.
  • Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga empuk.
  • Masukkan terung, kacang panjang, santan, Garam Adabi dan gula secukupnya. Kacau sehingga rata dan mendidih.
Cara Masakan Bahan Tumis
  • Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Masukkan Sup Ikan Adabi, daun kari, halia, bawang merah, bawang putih dan halba campuran.
  • Kacau sehingga kekuningan dan beraroma.
  • Tuangkan sebatian ke dalam kuah dal.
  • Taburkan dengan daun ketumbar dan tomato.
  • Gaulkan dan sedia untuk dihidang.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Sup Ikan

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara