Rebung Lemak Putih Adabi

Bahan Ramuan

  • 1kg Rebung (dicelur)
  • 300g Udang Segar
  • 1 paket Sup Bunjut Adabi
  • 1 paket Serbuk Sup Sayur Adabi
  • 1 sudu kecil Belacan
  • 1 biji Bawang Kuning (dibelah 4)
  • 3 ulas Bawang Putih (dihiris halus)
  • 3 biji Bawang Merah (dihiris halus)
  • 2cm Halia (dihiris halus)
  • 2 tangkai Serai (diketuk)
  • 2 biji Cili Merah (dibelah)
  • 500ml Santan Pekat
  • 3 sudu besar Minyak Sayuran
  • Garam Adabi
  • Gula
  • 500ml Air

Cara Memasak

  • Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, Sup Bunjut Adabi dan kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan belacan dan Serbuk Sup Sayur Adabi. Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan rebung, santan pekat dan air. Perlahankan api dan kacau sekali-sekala.
  • Masukkan udang. Tambahkan sedikit air jika kuah tidak mencukupi.
  • Masukkan Garam Adabi dan gula secukupnya. Kacau sehingga sebati dan mendidih.
  • Tutup api dan masukkan cili merah, bawang besar dan gaul sebati.
  • Sedia untuk dihidang.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Serbuk Sup Sayur

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara