Lempeng Berinti Adabi

Bahan Ramuan

Bahan Lempeng
  • 1 paket Tepung Cucur Bawang Adabi
  • 1/2 sudu besar Minyak Masak
  • 350ml Air
Bahan Salutan 
  • 1 mangkuk Serbuk Roti
  • 2 biji Telur (dipukul)
Ramuan Inti
  • 500g Dada Ayam (potong)
  • 200g Sayur Campur
  • 1 biji Bawang Besar (dipotong)
  • 2 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 4 sudu besar Sos Tiram Adabi
  • 2 sudu besar Kicap Manis Adabi
  • 3 sudu besar Minyak Sayuran
  • Garam Adabi
  • Gula
  • Air

Cara Memasak

Cara Penyediaan Lempeng
  • Campur Tepung Cucur Bawang Adabi, Garam Adabi, air dan minyak masak. Kacau sehingga rata dan ayakkan adunan.
  • Panaskan kuali leper dan letakkan adunan nipis ke atasnya. Biarkan sehingga masak dan alihkan ke pinggan.
Cara Penyediaan Inti Langkah-Langkah
  • Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan Sos Tiram Adabi, Kicap Manis Adabi, ayam, sayur campur, Garam Adabi dan gula secukupnya.
  • Kacau rata sehingga ayam masak.
Cara Menghidang
  • Panaskan kuali dengan minyak masak.
  • Ambil sekeping lempeng, letakkan inti ayam yang telah dimasak, kemudian gulung dengan rapi dan celupkan ke dalam telur.
  • Gaulkan dengan serbuk roti dan goreng sehingga kekuningan.
  • Alihkan lempeng dari kuali dan sedia untuk dihidangkan.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Tepung Cucur Bawang

© 2021 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - All Rights Reserved.