Ayam Kicap Manis Adabi

Bahan Ramuan

  • 1 ekor Ayam (dibersih dan dipotong)
  • 5 sudu besar Kicap Manis Adabi
  • 1/2 sudu besar Serbuk Kunyit Adabi
  • 1 sudu kecil Cili Giling Adabi
  • 1 sudu besar Sos Tiram Adabi
  • 1 pek Perencah Sup Bunjut Adabi
  • 3 biji Bawang Merah (dikisar)
  • 1 biji Bawang Besar(dibelah 4)
  • 2 ulas Bawang Putih (dikisar)
  • 2cm Halia (dikisar)
  • 2 tangkai Serai(diketuk)
  • 4 tangkai Daun Kari
  • 2 batang Cili Kering (dipotong)
  • 5 biji Cili Padi (potong kiub)
  • 6 Sudu Besar Minyak Masak
  • Sebatian Tepung Jagung (gaul dengan sedikit air)
  • 1 helai Daun Bawang
  • 1 helai Daun Ketumbar
  • Garam Adabi
  • Gula
  • Air

Cara Memasak

  • Peram ayam dengan Serbuk Kunyit Adabi dan Garam Adabi. Gorengkan ayam sehingga kekuningan.
  • Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak
  • Tumiskan cili kering dan Cili Giling Adabi. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan Sup Bunjut Adabi, Sos Tiram Adabi dan Kicap Manis Adabi. Gaul sehingga sebati dengan air yang secukupnya.
  • Masukkan Garam Adabi dan gula secukup rasa. Gaul dengan rata sehingga mendidih.
  • Masukkan ayam goreng, daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng.
  • Tuangkan sebatian tepung jagung dan gaul sehingga pekat.
  • Hiaskan dengan cili padi dan sedia dihidangkan
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Kicap Manis Adabi

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara