Nasi Briyani Berempah Adabi

Bahan Ramuan

  • 3 cawan Beras Basmati
  • 30g Serbuk Rempah Briyani Adabi
  • 30g Minyak Sayuran
  • 40g Minyak Masak
  • ½ cawan Susu Sejat
  • 40g Bawang Merah (dikisar)
  • 20g Bawang Putih (dikisar)
  • 15g Halia (dikisar)
  • 8g Daun Pudina, Daun Ketumbar dan Daun Pandan
  • 1 biji Tomato (dibelah 4)
  • 2 Cili Merah (dipotong 2)
  • 2 Cili Hijau Segar(dipotong 2)
  • 25g Garam Adabi
  • 4g Serbuk Perasa MSG Adabi
  • 3g Gula
  • 1/2 sudu besar Ekstrak Pewarna Kuning Telur
  • 50g Kacang Gajus yang telah dipanggang
  • Air

Cara Memasak

  • Panaskan periuk dan masukkan minyak sayuran. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia selama 2-3minit sehingga naik bau 
  • Campurkan Serbuk Rempah Briyani Adabi dan tumis
  • Masukkan susu sejat, daun pandan, daun ketumbar, daun pudina dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih 
  • Masukkan beras basmati, cili merah, cili hijau, Garam Adabi, Serbuk Perasa MSG Adabi dan gula. Gaul and biar sehingga nasi dimasak.
  • Kemudian, bubuh beberapa titik ekstrak pewarna kuning telur ke dalam nasi
  • Masukkan kacang gajus yang dipanggang dan gaul rata dengan nasi biryani yang siap dimasak
  • Sedia untuk dihidangkan.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Serbuk Rempah Briyani

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara