Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk Adabi telah dihasilkan dari sebuah kilang kecil terletak di Kawasan Industri Kecil Batu Caves, Kuala Lumpur. Oleh kerana perkembangan pertumbuhan pasaran secara mendadak, ini telah menyebabkan Adabi untuk terus berkembang dan Adabi telah berpindah ke kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986. Adabi mempunyai dua lagi kilang di Kawasan Industri Kecil Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992. Oleh kerana permintaan pengguna yang tinggi, Adabi telah berpindah ke di Rawang Integrated Industrial Park. Dengan tanah bekeluasan 4 ekar, ia menempatkan tapak pengeluaran syarikat, gudang, pejabat korporat dan juga kemudahan pentadbiran.
TRANSFORMASI DARIPADA PRODUK ISI RUMAH SEHINGGA PRODUK BERJENAMA.
Adabi telah berjaya terkenal sebagai jenama isi rumah bagi setiap rakyat malaysia. Dalam masa dua dekad, Adabi berjaya mencapai memperluaskan empayar mereka dengan pelbagai jenis produk yang memikat hati rakyat Malaysia.
Sebagai sebuah syarikat yang berjenama dan sedang membangun, Adabi menghadapi pelbagai cabaran yang berterusan dalam menghasilkan produk bermutu tinggi untuk memenuhi kehendak setiap pengguna rakyat Malaysia.
Walaupun jenama Adabi kini sudah terkenal, namun Adabi masih berusaha untuk mempertingkatkan pasaran melalui aplikasi teknologi terkini supaya dapat menghasilkan produk makanan yang paling berkualiti. Kami masih dalam perjalanan ke arah kejayaan di peringkat tempatan dan global.
DATO’ SYED MANSHOR SYED MAHMOOD
Pengarah Urusan & Pengerusi
TUAN SYED KAMALUDDIN SYED MAHMUD
Hal Ehwal Korporat
TUAN SYED MAHADZIR DATO’ SYED MANSHOR
Ketua Pegawai Eksekutif
ENCIK ADRIAN HJ ROSLAN
Presiden
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (ACISB) kini di dalam misi membantu rakyat Malaysia dalam mempermudahkan pengalaman memasak dan menghasilkan makanan yang sihat untuk seisi keluar dengan menyediakan ramuan masakan berkualiti. Kami bersama-sama dengan suri rumah untuk menambah keceriaan keluarga melalui sajian masakan.
Apakah rancangan kami dalam usaha ini? Kami memastikan setiap rumah di Malaysia akan lebih bahagia dengan menyediakan makanan yang lazat & berkhasiat yang menjadikan hubungan keluarga lebih erat.
Tukang masak di rumah yang menggemari hasil kami adalah mereka yang dapat melihat jenama Adabi yang semakin berkembang dan komitment kami dalam mengeratkan hubungan ahli keluarga melalui makanan. Produk kami yang bermutu tinggi dan Halal mampu menghasilkan hidangan lazat, mempercepatkan masa penyediaan dan tidak lupa juga, mudah untuk digunakan. Tidak seperti syarikat-syarikat yang lain, Adabi menawarkan pelbagai jenis masakan tempatan di samping pilihan hidangan antarabangsa yang semakin meningkat dengan tumpuan kepada bahan makanan yang halal dan bekualiti.
Kini, Adabi telah menjadi jenama isi rumah yang terkenal dan kami akan terus maju untuk mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian bersama-sama tukang masak di rumah dengan fokus untuk menyemai kebahagiaan keluarga melalui makanan.
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd merupakan syarikat pertama menerima ISO 9001:2000 pada tahun 2002, ISO 9001:2008 dan ISO 9001:2015 pada tahun 2015 oleh SIRIM Berhad. Sijil ini membuktikan komitmen Adabi untuk terus menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Ini bagi memastikan setiap langkah dalam penghasilan produk Adabi menepati piawaian kualiti. Kakitangan Abadi akan melalui satu set prosedur operasi standard untuk memastikan setiap produk dihasilkan sejajar dengan kehendak kualiti.
Juruaduit ISO dari SIRIM QAS akan membuat audit syarikat dari masa ke semasa. Adabi akan menyediakan semua dokumentasi yang diperlukan dan mengkaji sistem pengurusan kualitinya supaya pelanggan Adabi dapat memperolehi jaminan produk berkualiti tinggi sepanjang masa. Proses peningkatan kualiti yang berterusan akan dijalankan kerana kepuasan pelanggan adalah sangat penting bagi pihak Adabi.
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. amat komited dalam menghasilkan produk yang dijamin dan disahkan halal oleh JAKIM dan MUI, memastikan keperluan pengguna dipenuhi. Ini akan dicapai melalui: