Kisah Adabi

Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk Adabi telah dihasilkan dari sebuah kilang kecil terletak di Kawasan Industri Kecil Batu Caves, Kuala Lumpur. Oleh kerana perkembangan pertumbuhan pasaran secara mendadak, ini telah menyebabkan Adabi untuk terus berkembang dan Adabi telah berpindah ke kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986.  Adabi mempunyai dua lagi kilang di Kawasan Industri Kecil Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992.  Oleh kerana permintaan pengguna yang tinggi, Adabi telah berpindah ke di Rawang Integrated Industrial Park. Dengan tanah bekeluasan 4 ekar, ia menempatkan tapak pengeluaran syarikat, gudang, pejabat korporat dan juga kemudahan pentadbiran.

Sejak

0
> 0 K

Pengikut online

0

Produk dan akan datang

0

Pengedar

TRANSFORMASI DARIPADA PRODUK ISI RUMAH SEHINGGA PRODUK BERJENAMA.

Adabi telah berjaya terkenal sebagai jenama isi rumah bagi setiap rakyat malaysia. Dalam masa dua dekad, Adabi berjaya mencapai memperluaskan empayar mereka dengan pelbagai jenis produk yang memikat hati rakyat Malaysia.
Sebagai sebuah syarikat yang berjenama dan sedang membangun, Adabi menghadapi pelbagai cabaran yang berterusan dalam menghasilkan produk bermutu tinggi untuk memenuhi kehendak setiap pengguna rakyat Malaysia.
Walaupun jenama Adabi kini sudah terkenal, namun Adabi masih berusaha untuk mempertingkatkan pasaran melalui aplikasi teknologi terkini supaya dapat menghasilkan produk makanan yang paling berkualiti. Kami masih dalam perjalanan ke arah kejayaan di peringkat tempatan dan global.

Pengarah Syarikat

DATO’ SYED MANSHOR SYED MAHMOOD
Pengarah Urusan & Pengerusi

TUAN SYED KAMALUDDIN SYED MAHMUD
Hal Ehwal Korporat

TUAN SYED MAHADZIR DATO’ SYED MANSHOR
Ketua Pegawai Eksekutif

ENCIK ADRIAN HJ ROSLAN
Presiden

Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (ACISB) kini di dalam misi membantu rakyat Malaysia dalam mempermudahkan pengalaman memasak dan menghasilkan makanan yang sihat untuk seisi keluar dengan menyediakan ramuan masakan berkualiti. Kami bersama-sama dengan suri rumah untuk menambah keceriaan keluarga melalui sajian masakan.

Apakah rancangan kami dalam usaha ini? Kami memastikan setiap rumah di Malaysia akan lebih bahagia dengan menyediakan makanan yang lazat & berkhasiat yang menjadikan hubungan keluarga lebih erat.

The home-chefs who love our work are the ones who see the vision of our growing brand and our commitment to family togetherness through food. Our products are high-quality and certified halal; thus resulting in tasty dishes, cutting down on preparation time and, not to mention, easy to use too. Unlike other companies, we offer a wide range of local cuisines in addition to a growing selection of international dishes, focusing on halal and quality ingredients.

Today, Adabi has become a prominent household brand and we will continue to strive to identify and develop solutions together with our home-chefs to focus on instilling family happiness through food.

Kejayaan Kami

Pengedaran

Pensijilan ISO 9001: 2000/2008/2015

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd merupakan syarikat pertama menerima ISO 9001:2000 pada tahun 2002, ISO 9001:2008 dan ISO 9001:2015 pada tahun 2015 oleh SIRIM Berhad. Sijil ini membuktikan komitmen Adabi untuk terus menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Ini bagi memastikan setiap langkah dalam penghasilan produk Adabi menepati piawaian kualiti. Kakitangan Abadi akan melalui satu set prosedur operasi standard untuk memastikan setiap produk dihasilkan sejajar dengan kehendak kualiti.

Juruaduit ISO dari SIRIM QAS akan membuat audit syarikat dari masa ke semasa. Adabi akan menyediakan semua dokumentasi yang diperlukan dan mengkaji sistem pengurusan kualitinya supaya pelanggan Adabi dapat memperolehi jaminan produk berkualiti tinggi sepanjang masa. Proses peningkatan kualiti yang berterusan akan dijalankan kerana kepuasan pelanggan adalah sangat penting bagi pihak Adabi.

Polisi Halal

Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. amat komited dalam menghasilkan produk yang dijamin dan disahkan halal oleh JAKIM dan MUI, memastikan keperluan pengguna dipenuhi. Ini akan dicapai melalui:

  1. Memastikan semua bahan mentah yang diperoleh dan digunakan dalam pembuatan produk adalah Halal dan MUI
  2. Memastikan semua produk dijamin dan disahkan Halal oleh JAKIM
  3. Memastikan semua produk akhir dipasarkan di Indonesia adalah Halal oleh JAKIM
  4. Memastikan sistem pengeluaran bersih dan bebas daripada bahan-bahan bukan halal dan kotor
  5. Operasi pengeluaran termasuk peralatan dan jentera adalah bersih dan dalam keadaan bersih mengikut amalan perkilangan yang baik (GMP)
  6. Semasa penyediaan, pemprosesan, pengendalian, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran, makanan dipisahkan secara fizikal dari sebarang makanan yang gagal memenuhi polisi sijil halal.