Sambal Petai Udang Adabi

Bahan Ramuan

  • 300g Udang Segar
  • 300g Petai
  • 2 tangkai Serai (diketuk)
  • 1 sudu kecil Asam Jawa Xtra Adabi
  • 1 sudu besar Cili Giling Adabi
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit Adabi
  • 1 sudu kecil Garam Adabi
  • 1 biji Bawang Besar
  • 10 biji Bawang Merah (dikisar)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 3 kiub Belacan (dibakar)
  • 7 sudu besar Minyak Masak
  • 2 sudu besar Gula
  • 100ml Air
  • Serbuk Perasa MSG Adabi

Cara Memasak

  • Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih selama 2-3minit sehingga naik bau
  • Masukkan serai, Serbuk Kunyit Adabi, Cili GIling Adabi dan belacan bakar
  • Gaulkan dengan Asam Jawa Xtra Adabi.
  • Perlahankan api dan tumis selama 5minit
  • Bubuhkan Serbuk Perasa MSG Adabi, Garam Adabi dan gula secukupnya. Gaul sehingga sebati.
  • Tuangkan air dan masukkan bawang besar, petai dan udang segar ke dalam kuali. Masak selama 5 minit sehingga kuah menjadi pekat.
  • Hiaskan dengan bawang goreng dan sedia untuk dihidang.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Cili Giling

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara