Mee Kari Udang dan Ketam Adabi

Bahan Ramuan

Ramuan Kuah Kari
  • 600g Ayam (dibersihkan dan dipotong kecil)
  • 200g Isi Kerang (dibersihkan)
  • 500g Udang Segar (dibersihkan)
  • 6 ekor Ketam (dibersihkan)
  • 3 keping Kek Ikan (dihiris)
  • 1 paket Bebola Ikan
  • 6 biji Bawang Kecil (dikisar)
  • 6 biji Bawang Putih (dikisar)
  • 2 biji Bawang Besar (dikisar)
  • 4 tangkai Daun Kari
  • 1 paket Sup Bunjut Adabi
  • ½ Sudu Kecil Cili Giling Adabi
  • 4 Sudu Besar Serbuk kari Udang & Ketam Adabi
  • ½ Sudu Kecil Serbuk Kunyit Adabi
  • 1 Sudu Besar Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi
  • 1 Sudu Kecil Asam Jawa Xtra Adabi
  • 200ml Santan Kelapa
  • 6 Sudu Besar Minyak Masak
  • Garam Adabi
  • Gula
  • Air
Bahan Sampingan Dan Hiasan 
  • 1kg Mee Kuning
  • 200g Taugeh
  • 200g Kacang Panjang
  • 3 ketul Tauhu (digoreng dan dihiris nipis)
  • 5 biji Telur (direbus)
  • 3 biji Cili Merah (dihiris nipis)
  • 100g Daun Bawang (dihiris nipis)
  • 100g Daun Sup (dihiris nipis)
  • 6 biji Limau Kasturi

Cara Memasak

Cara Penyediaan Kuah Kari
  • Tuangkan minyak masak. Tumis daun kari dan Sup Bunjut Adabi. Masukkan semua bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan Serbuk Kari Udang dan Ketam Adabi, Serbuk Kunyit Adabi, Cili Giling Adabi dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, 100 ml santan dan masak sehingga ayam empuk.
  • Masukkan Xtra Asam Jawa serta baki santan dan masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali, masukkan kerang, bebola ikan, kek ikan, udang, ketam, Garam Putih Adabi, Gula secukup rasa dan Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi.
  • Biarkan sehingga mendidih.
Cara hidangan:
  • Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, kemudian letak taugeh, kacang panjang, tauhu dan telur rebus di atas mee.
  • Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Sedia untuk dimakan!
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Serbuk Kari Udang, Ketam & Ikan Kering

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara