Serbuk Rempah Briyani

  • Warisan tradisi dan kepakaran kami dalam penggunaan rempah ratus menghasilkan sajian masakan yang lengkap. 
  • Dihasilkan khas untuk masakan briyani ayam atau daging yang lazat dengan rasa yang asli, digemari oleh semua generasi secara turun-temurun.
Pembungkusan
  • 100 gram
  • 1 kilogram
Jangka Hayat
  • 18 Bulan
  • Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi ke dalam periuk nasi. Tumis bahan-bahan kisar selama selama 2-3 minit. 
  • Kemudian masukkan Rempah Briyani Adabi dan kacau sehingga wangi.
  • Masukkan susu cair, daun pandan, daun ketumbar, daun pudina dan air. Kacau hingga mendidih
  • Masukkan beras basmati, cili merah, cili hijau, garam, serbuk perasa MSG Adabi dan gula. Gaul rata dan biarkan hingga nasi siap dimasak.
  • Kemudian masukkan pewarna kuning telur dan gajus yang telah digoreng.
  • Gaul hingga nasi rata. Sedia untuk dihidangkan.
  • Diperbuat dari rempah briyani berkualiti tinggi
  • Produk Adabi dijamin 100% halal, bersih dan asli dan disahkan oleh JAKIM. 
  • Produk ini dihasilkan di Rawang oleh Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

© 2021 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - All Rights Reserved.