Perencah Sup Daging & Tulang Adabi adalah produk wajib yang anda miliki sekiranya anda adalah pencinta sajian sup.
Ideal bagi penggemar Sup Daging, Sup Tulang, Sup Ekor dan Sup Gearbox.
Sesuai dimasak dengan ayam, daging atau daging kambing.
40g disarankan dengan 200gm daging manakala 100gm sesuai untuk saiz hidangan bersama 500gm daging.
Tip: Untuk rasa yang lebih lazat, gunakan stok daging dan tulang rusuk.
Didihkan 1kg daging atau tulang sehingga daging menjadi empuk. Letak sebelah untuk diguna.
Masukkan 14 cawan air ke dalam periuk besar dan biarkan mendidihkan. Tambah Perencah Sup Daging & Tulang Adabi.
Selepas mendidih, masukkan daging yang sedia dimasak, bawang besar, lobak merah dan daun ketumbar. Masak atas api perlahan sehingga mendidih selama 10 -15 minit.
Hiaskan sup dengan bawang goreng dan daun ketumbar.