Rendang Daging Adabi

Bahan Ramuan

  • 250g Perencah Rendang Adabi
  • 2400gm Daging (boleh diganti ayam atau daging kambing)
  • 300ml Minyak Masak
  • 120g Kerisik Kelapa
  • 5 cawan Santan Pekat
  • 35 -40 biji Bawang Merah
  • 15 ulas Bawang Putih
  • 10 tangkai Serai (dihiris)
  • 60g Halia
  • 80g Lengkuas
  • 5 tangkai Serai (diketuk)
  • 350g Gula Perang
  • 30g Asam Jawa Xtra Adabi
  • 10 helai Daun Kunyit
  • 6 cawan Air
  • Garam Adabi

Cara Memasak

  • Sediakan Sebatian 1: Gaulkan 3 cawan air bersama santan pekat.
  • Sediakan Sebatian 2: Kisarkan bawang merah, bawang putih, serai (dihiris), halia dan lengkuas Gaul bersama Perencah Rendang Adabi dan tuangkan 3 cawan air sehingga sebati.
  • Panaskan kuali dan tumiskan Sebatian 2.
  • Masukkan serai (diketuk) dan tumis sehingga naik bau.
  • Tuangkan Sebatian 1, kerisik kelapa, gula perang, Pes Asam Jawa Xtra Adabi dan daging. Boleh juga tambah pes cili untuk lebih pedas.
  • Masukkan daun kunyit dan daun limau.
  • Tambah garam secukupnya dan masak dengan api yang perlahan sehingga masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Produk yang Digunakan:

Perencah Rendang

© 2020 Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (116069-M) - Hak Cipta Terpelihara