Telur Goreng Lebih Enak

Adabi-Telur-Mate

Telur Goreng Lebih Enak

SEBUT sahaja telur goreng, telur mata, omelette dan pelbagai lagi sajian telur, pasti semua orang sukakannya. Penggemarnya terdiri dari kalangan kanak-kanak sehinggalah kepada golongan berusia.enak bangat

Resipi telur goreng bukan sahaja ringkas dan mudah untuk disediakan, malah ia juga sedap jika hanya dimakan begitu sahaja.

Jika inginkan kelainan dalam rasa telur goreng, boleh mempelbagaikan perisa dan rasanya dengan tambahan sayuran supaya hidangan lebih sihat serta berkhasiat.

Baru-baru ini Syarikat Pengeluar & Pengilang Rempah Ratus, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) menampilkan produk keluaran terbaru iaitu Telur Mate yang merupakan perencah tambahan untuk hidangan telur goreng.

Pengurus Pemasarannya, Adrian Roslan berkata, memahami keperluan dan dilema yang dihadapi golongan suri rumah, Adabi mengambil inisiatif mengeluarkan produk baharu khas untuk mengenakkan lagi telur goreng.

“Telur Mate didatangkan dengan tiga variasi berlainan iaitu Asli, Pedas dan Kids yang mana ia mengandungi sayur-sayuran sebagai bahan asas bagi menjadikan telur dadar lazat dan berkhasiat.

“Produk ini juga tidak mempunyai sebarang penambahan bahan perasa. Dengan menambahnya sedikit dalam setiap hidangan telur akan menjadi lebih sedap dan enak,” katanya.

Dalam pada itu, Adrian menjelaskan bahawa Adabi sentiasa komited mengeluarkan produk-produk baharu untuk keperluan dan kehendak pengguna.

Katanya, pada tahun ini sahaja lebih 12 produk baharu dikeluarkan oleh Adabi, termasuk Telur Mate yang menjadi antara jualan terlaris sejak mula dilancarkan pada Mei lalu.

“Pada hujung tahun ini kami akan mengeluarkan lagi produk terbaharu iaitu makanan yang berasaskan dalam tin. Ini berikutan kajian yang dilakukan mendapati kebanyakan pelanggan kurang masa untuk memasak.

“Dengan adanya makanan siap dimasak dalam tin, lebih memudahkan dan menjimatkan masa ketika di dapur.

“Kami juga mendapati bahawa kebanyakan pengguna memasak menggunakan perencah sedia dimasak kerana lebih menjimatkan kos pembelian barang basah,” katanya.

Menurut Adrian lagi, seiring dengan sambutan 30 tahun penubuhannya, Adabi juga selangkah ke hadapan mengeluarkan produk terbaru iaitu makanan kucing di bawah jenama Power Pets yang mempunyai status halal.

“Walaupun hanya makanan kucing, tetapi kami sangat komited untuk memastikan ia mendapat persijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Halal itu bukan sahaja dari segi pemprosesan tetapi dari segi penggunaan bahan-bahan tertentu.

“Terdapat dua jenis makanan kucing iaitu basah yang diproses di kilang bertempat di Indonesia, manakala jenis kering pula diproses di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, pada tahun ini Adabi juga menyasarkan 15 peratus kenaikan jualan berbanding tahun lepas.

“Kewujudan produk-produk terbaru dan produk yang lama merupakan penyumbang kepada kenaikan ini.

“Selain itu, kita melihat juga banyak sentimen halal di mainkan di pasaran sejak akhir-akhir ini menyebabkan orang ramai lebih sedar dan prihatin dengan makanan yang berstatus halal.

“Adabi selaku pengeluar makanan milik Bumiputera dan berstatus halal menjadi pilihan kebanyakan pengguna Muslim,” katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140829/ke_04/Telur-goreng-lebih-enak#ixzz3TIKx6rjN

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.